Sunday, July 29, 2012

Terjumpa...

****entry ni aku terjumpa time aku baca blog ke satu blog lain.lps tu aku copy dan paste kan. bagiku, dalam entry ni dalam maksudnya. maksud yang tersirat dan membuatkan aku terdiam seketika tika aku mula membaca nya. kan ku hayati ayat demi ayat...tapi, pedih ku rasa, sedih ku lalui. tapi sampai bila....tp ku tetap setia menunggu si Dia dengan seikhlas hatiku...
*******************************************************************
Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita?
Bagaimana menghadapinya?
“Cinta baru sempurna jika terasa menyayat, seperti segumpal tanah liat yang akan baru menjadi cantik setelah dibentuk menjadi tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tabah.”
Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.
Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan itu, kerana ia adalah sebahagian proses semulajadi dari hidup. Kehilangan memberi banyak pelajaran dan pengalaman baru buat kita kita dapat menerima dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan.
Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di dunia ini bukan hanya celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus didengarkan, dipenuhi dan dilalui..

Monday, July 23, 2012

Isi Hatiku...

24 julai 2012
10.03 am

maafkan aku yang selalu menyakitimu,
 mengecewakan mu dan meraguknmu,
 tersadar aku bila kamu yang terbaik, 
terima aku mencintaiku ada apanya.
diantara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang,
 cuma hanya kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku,
 yang paling mengerti aku...

Ya Allah , engkau lembutkan lah hati dia tuk aku. Berilah aku peluang kedua tuk membetulkan keadaan ini. aku sedar, aku lemah dan tak lepas dari melakukan kesilapan. Berilah aku peluang tuk memperjelaskan situasinya. Kerana ku sedar semuanya adalah salah faham. 

Sunday, July 22, 2012

Cinta

Cintailah seseorang itu dengan seikhlas hati tapi bukan mempermainkan hatinya...
Dia juga adalah insan biasa, kurniaan Allah yg Maha Esa. Jika hati mula mencinta, Jangan pernah disesali kenangan dulu. Terima Dia dengan hati yang terbuka, menyayangilah Dia seperti seorg yang ikhlas. Jagalah perasaannya, lindungilah dia. Andai dugaan itu dtg menerpa dlm diri, kuatkanlah iman, jgn pernah tuk berputussasa, jgn pernah tuk merasa keseorangan, jgn pernah memikirkan sesuatu yg sensitif. itu permainan SYAITAN. 

Ya Allah, indah nya cinta itu, Indahnya perasaan ciptaan Allah ini. 

Kehidupan

Diariku 23 julai 2012…
8.34 pagi…

Ya Allah , aku tk pernah berhenti dr bermohon padamu supaya ***** ******* itu adalah jodohku hingganakhirat kelak. Ya Allah, baru ku sedar bahawa dia yang amat istimewa bgku. Cintanya byk mengubahku mendekatkan jalan kpdmu Ya Allah. Dia adalah anugerah istimewa, seorg insan yg baik, berhati mulia tp aku leka akan semua itu, aku telah melukai hatinya.

Benar kata org, sehebat mana kita perempuan, kita tidak boleh merendahkan seorg lelaki. Kerana lelaki itu suatu hari nanti akan menjadi pemimpin dlm kuarganya. Sebagai seorg perempuan baru ku sedar, knp aku meninggikan egoku, malah merendahkan egonya, bahkan dayus bg nya…Ya Allah besar kesilapanku memperlaku dia sedemikian rupa.

Astagfirullulazim, knp aku leka akan semuanya. Sempatkah tuk aku berubah. Ya Allah, ko lembutkan lah hatinya. Aku berdosa ya allah tp aku menjadi mangsa kpd keadaan ini. Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku ilang arah akibat hasutan syaitan tanpa aku peduli kan dia insan yg berhati mulia. Aku takut tuk keseorangan, aku takut kehilangan.

Subahanallah, aku sedar, bila air wudhu meratapi muka ku, bila ku sujud kepada NYA, bila aku berdoa, maka terhurailah segalanya yg berlaku. Astagfirullazim, Ya Allah, engkau telah tunjukkan aku jalan kebenaran. Kerana emosi, di tambah kpd hasutan aku seperti di rasuk. Walaupun aku sedar aku menjadi mangsa keadaan di sebalik kelemahan aku ini, dugaan mula dtg menghampiri. Terlalu berat tuk aku memikul dugaan ini. Tp tanpa dugaan ini mungkin aku akan trs lalai, dan leka. Mungkin masa itu baru ku sedar siapa kawan, siapa lawan. Dan aku telah dikhianati…Ya Allah oleh sahabarku sendiri.
Beribu titisan air mata, takkan dapat tuk kembalikan masa yang dah berlalu itu. Hanya doa, menyesal dan taubat menanti kita. Setiap keputusan takkan dpt tuk mengulangi saat dahulu kala. Hanya kemaafan yang dapat mengubahnya .

Ya Allah, ko lembutkan lah hati dia ya Allah….