Tatkala bila hati mula menyapa, debaran mula terasa. kata-kata yang ingin diungkapkan hilang membisu. suara tersekat-sekat umpama seperti ada sesuatu yg cuba menahan supaya ianya keluar walaupun hati meronta-ronta ingin menyatakan sesuatu. Adakah ini di namakan CINTA.
setiap detik, masa yang berlalu, namamu menjadi sebutan di hati. Tp dipendamkan kerana aku takut jika suara hati ini diluahkan, kamu mulai menjauhkan diri. ku jarakkan pergaulanku dgn yang lain kerana aku ingin engkau tahu bahawa hanya kamu yg ku perlukan untuk hidupku. cintaku, rinduku. biarlah hanya untuk dirimu.
Tak pernah tuk aku menyesal menyintai dirimu, kerana ku YAKIN, engkau adalah JODOHKU. Jodoh yang Allah tetapkan untukku hingga akhir hayatku ke alam SYURGA FIRDAUS suatu hari nanti.
Ku terima dirimu seadanya kamu. Kerana ku yakin engkau pun rasa seperti apa yg ku rasa walaupun hakikatnya engkau mendiamkan diri. Tiada kata yang indah melainkan hanya dirimu.
Ku jaga batasan ini, kerana aku ingin engkau tahu, aku hanya ingin kamu. cukuplah kamu menjadi pelengkap kepada hidupku. coretan kehidupanku suatu hari kelak.
Setiap sujudku, dirimu yang kuharapkan tuk jodohku ke alam syurga nanti.
Aku ingin engkau tahu, betapa aku menyayangi kamu.
Hanya satu pintaku, bukan ungkapan i love u...
Tp Ungkapan yang amat bermakna dari dirimu iaitu sebuah ungkapan yang menghalalkan kita berdua hingga ke alam syurga nanti. Insyallah... aku tahu dirimu amat memahami maksudku. akan ku tunggu, dan ku tunggu supaya ALLAH , akan makbulkan DOA kita. Insyallah....
No comments:
Post a Comment